Monday, June 29, 2009

ENRICHMENT AND MATURITY MY SON

INILAH ALKISAH ANAK AKU YANG SULONG..UNTUK TAHUN INI..SEMUANYA ADE KAITAN DGN WISH DAN CELEBRATE A SPECIAL DAY AND HAPPINESS AND MAGIC.. ANAK AKU TAHUN NI 5 TAHUN SO DIA ANTAR KE TADIKA BAYU MEWAH DEKAT AREA AKU KEJE..SETAKAT NI APA YANG AKU NAMPAK DAN PERHATIKAN DIA NIE LEBIH BANYAK MUDAH MENGINGAT KEPADA DOA DAN BACAAN ALQURAN..KALAU ABC TULAMBAT SIKIT MUNGKIN TAK MINAT KOT..TU BAB MEMBACA ..TAPI KALAU BUKU CERITA DAN MELUKIS MEMENG TAK LEKANG KAT TANGAN..AKU TGK JE LA TAK FORCE PUN DIA LGPUN AKU MEMANG BYK KEJE..ALMAKLUMLAH MAMA CANGGIH..HAA..SEBUT PASAL CANGGIH..KALAU GAMES KE..KOMPUTER KEHAZIQ NIE TAHAP YANG MEMBERANGSANGKAN KADANG2 KENA BEREBUT NGAN DIA KADANG2 AKU PUN TAK SAMPAI TAHAP CAM DIA MAIN GAMES TU..

KEDUA AKU NAK STORY PASAL CELEBRATE AND WISH..DIA MEMBUATKAN AKU MELINANGKAN AIRMATA..TAHUN NI KAD YG PERTAMA AKU DAPAT DARI SEORANG YG BERNAMA ANAK SEMPENA HARI IBU..DLM FIKIRAN AKU AGAKNYE MCM NI LA PERASAAN MAK AKUBILA AKU WISH KT DIA..

KETIGA..050609 HARIJADI SUAMI AKU..AYAH HAZIQ..KAMI BELI KEK DAN HADIAH YANG ALAKADAR JE..TAPI APE YG HAPPENING HAZIQ WALAUPUN AKU DH BALUT HADIAH..BILA BG KAT AYAH TERUS DIACAKAP APA ADIAH NYE TK SUPRISE LANGSUNGG…KALUA TAHU BAIK TAK YAH BUNGKUSS..DIA WISH KAT AYAH DARI PAGI SAMPAI MLM..SIAP PASANG LAGU BESDAY..

KEEMPAT PASAL TRANSFORMER MOVIE KAMI GI KFC JENAK BELI MAINAN TU LA..AYAH DIA JANJI DAH LAMA..MASAKAT KFC TU DIA PUNYA EXCITED..TU MACAM TAK PERNAH G..TP DISBBKAN TRANSFORMER..DIA PUNYA HAPPY AND INTERESTING BAIK PUNYE..DAPAT PSKAD TRANSFORMER PUN DIA NAK POS KAT MAKTOK NGAN TOK ABAH..MACAMMANA DIA TAHU BENDATU BOLEH POS??KONFIUS AKU.

INILAH KISAH MY FIRST CHILD..H.A.Z.I.Q

5 IN 1


untuk tahun 2009 nie..aku ade mempunyai 5 dalam 1 komitmen..banyak sangat..
aku terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin..
1.aku sebagai hamba ALLah yang lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan mu YAALLAH
2.aku sebagai seorang isteri,mama kpd 2 orang cahayamata dan anak perempuan dan menantu jugak yang berharap dapat membahagikan jiwa dan raga ini utk diaorang semua
3.aku jugak seorang kakitangan goverment jabatan ukur kl yang mempunyai komitmen penuh dengan kerja seksyen pangkalan data
4.aku jugak student part time masters pembangunan tanah utm kl
yang banyak tugasan,presentation,exam dan komitmen lain gak…
5.aku jugak terlibat jugak dengan kebajikan taska sebagai setiausaha..walau sikit tp aku cuba meluangkan sedikit idea dan tenaga
apa yang aku amalkan sekarang untuk melengkapkan semuanya
berfikiran positif dan mainda sentiasa set yang aku boleh buat..
dengan syarat aku sentiasa mendoakan yang aku sihat dan baik…
my favorite quote is:
Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

PETIKAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN


Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna-menyempurn akan lengkap-melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.


Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

FIKIR-FIKIRKANLAH...