Sunday, July 26, 2009

SHORT ASSIGNMENT


TIPS MENULIS TUGASAN PENDEK (SHORT ASSIGNMENT)

1. PRA-KATA


1.1 Matlamat utama nota ringkas saya ini adalah untuk memberi panduan ringkas kepada peserta kursus MGN 1524 untuk menyediakan short assignment atas topic tertentu yang dipilih oleh peserta sendiri.


1.2 Nota ringkas ini bukan bertujuan untuk dijadikan panduan bagi peserta kursus ini menyediakah Thesis atau Kertas Projek panjang di akhir Semester nanti. Untuk itu, peserta dikehendaki merujuk kepada Panduan menulis Thesis yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran UTM sendiri.



2. LANGKAH PERTAMA – MENCARI TOPIC


2.1 Ambil masa secukupnya untuk membuat bacaan secara umum (sepintas lalu) apa juga bahan yang sedia ada, mengenai beberapa topic yang menarik perhatian anda. Tujuan utama kerja di peringkat awal ini (preliminary survey) ialah untuk membantu anda membuat pilihan apa dia topic yang akan dijadikan topic penulisan / kajian lebih mendalam lagi.


2.2 Tuliskan / senaraikan apa sahaja idea awalan yang timbul dalam minda. Bila senarai itu sudah dikira mencukupi, berhenti membaca – fikir dan pilih mana satu topic dalam senarai yang akan menjadi focus penulisan.


2.3 Seperti saya sarankan dalam kuliah dulu, untuk membantu anda membuat pilihan mana satu topic yang wajar dipilih, “tanya kepala dan tanya hati”. Apakah topic yang anda rasa yakin boleh menulisnya dengan baik, dan apakah topic itu yang anda benar-benar minat?



3. LANGKAH KEDIA – BUAT MIND MAPPING


3.1 Bila topic sudah ditentukan, ambil masa secukupnya untuk berfikir lagi dan membuat peta minda (mind mapping). Istilah mind mapping ini bermaksud kita menggunakan aqal / minda kita sendiri untuk mengenal pasti apakah issue yang berbangkit, apakah pula sub-issue yang berbangkit dari itu, dan seterusnya. Kerja ini dipanggil “free thinking”, dibuat berseorangan. [Kalau kerja begini dibuat secara berkumpulan, biasanya proses itu dipanggil cambah fikiran – brainstorming].


3.2 Matlamat utama kerja membina peta minda ini ialah memberi kesedaran kepada anda kepada beberapa issue pokok dan issue sampingan yang mesti anda focus dan sentuh dalam karya yang dihasilkan.

3.3 Natijah dari kerja mind mapping ini ialah anda akan didorong / dipaksa untuk membuat kajian lebih mendalam lagi untuk “mencari jawapan” kepada issue dan sub-issue yang dikenalpasti atau disebutkan dalam peta minda itu.


3.4 Bila peringkat kerja mind mapping ini selesai (mungkin satu dua hari sahaja), anda terpaksa teruskan lagi kajian / bacaan lagi. Bezanya, kali ini bacaan dan kajian anda lebih tertumpu kepada perkara-perkara tertentu, lebih mendalam, dan lebih berhati-hati. Tetapi sebelum anda membuat kajian yang lebih mendalam dan teliti itu, terlebih dahulu anda disarankan mengambil Langkah Ketiga yang disebutkan selepas ini.



4. LANGKAH KETIGA – BUAT TETULANG


4.1 Setiap karya penulisan mesti ada tiga bahagian – INTRO, MAIN BODY, CONCLUSION.


4.2 Oleh itu, anda perlu terlebih dahulu membuat kerangka (framework) secara kasar apakah yang anda hendak dihasilkan. Apakah yang mesti ditulis sebagai INTRO, apakah yang perlu ditulis dalam the MAIN BODY, dan selanjutnya apakah CONCLUSION? [Ingat, tetulang ini bukan sesuatu yang rigid; jika perlu, anda masih boleh pinda atau ubah sekiranya difikirkan wajar].


4.3 Kalau kerja di peringkat membina peta minda dahulu telah dapat dijalankan dengan baik, ia pasti akan akan berupaya membantu anda membuat tetulang yang baik. Bila tetulang sudah siap, penulisan boleh dibuat untuk “memberi daging” kepada tetulang tersebut. Penulisa ini dihasilkan dari kajian mendalam yang disebutkan dalam perenggan 3.4 di atas tadi.


4.4 Untuk membantu anda memberi daging kepada tetulang itu, kajian perlu diteruskan untuk memantapkan lagi penulisan. Semasa membuat kajian yang lebih focus ini, pastikan anda sentiasa membuat catatan secara berhati-hati dan terperinci apa yang dibaca, misalnya –
(i) Nama buku, tajuk artikel etc yang dibaca
(ii) Siapa penulisnya / pengarangnya
(iii) Siapa penerbitnya
(iv) Bila diterbitkan, muka surat berapa dsb.



5. APA YANG ANDA HASILKAN


5.1 Sebagai pelajar lepasan ijazah, anda perlu ingat bahawa apa yang dikehendaki oleh pihak univerisiti ialah bukan hanya sekadar mengulangi semula / meringkaskan / memberi komen apa yang telah anda baca, apa yang dihasilkan / diperkatakan oleh orang lain (walau bagaimana pakar sekalipun orang lain itu).


5.2 Apa yang dicari / dikehendaki dari seorang pelajar lepasan ijazah ialah ”the creation of a new body of knowledge”. Justeru, setiap pelajar lepasan ijazah dikehendaki memeras otak lebih kuat lagi (berbanding kerja siswazah atau undergraduate) untuk menghasilkan satu karya asli yang merupakan, misalnya, pandangan / saranan baru bagaimana sesuatu masalah itu boleh diselesaikan, bagaimana sesuatu hal keadaan, undang-undang, peraturan atau amalan pentadbiran yang buruk atau kurang baik itu boleh / wajar diperbaiki demi kesejahteraan bangsa dan negara, dan kenapakah tindakan sedemikian itu perlu diambil, dsb.


5.3 Selain mempamirkan “intellectual courage” dalam menghasilkan “new body of knowledge” itu, anda sebagai pelajar lepasan ijazah juga perlu ambil peringatan tentang perlunya mengamalkan “intellectual honesty”. Elakkan dan hindarkan diri dari mengamalkan plagiarism. Jika anda memetik idea orang lain, buat “acknowledgment” sewajarnya (misalnya, dalam nota kali).



6. SAIZ


6.1 Untuk menghasilkan satu short assignment, anda dikehendaki mengemukakan kepada penyelaras / pensyarah karya lebih kurang 3000 perkataan – ataupun lebih kurang 8 hingga 10 muka surat, jika dicetak double spacing, siap dengan nota kaki (bukan nota hujung), bibliografi (senarai bacaan), termasuk kandungan, tajuk utama, tajuk kecil, dsb.




“SELAMAT BERKARYA”


Prof Salleh Buang

No comments:

Post a Comment