Rahsia Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal  mengatatakan wanita cantik
atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati   mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia  bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca  kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa  itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu  pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan  membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat    itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
No comments:
Post a Comment