Ingin tahu kunci kejayaan hidup?     Berfikirlah positif. Ya, berfikiran positif dapat membuat anda maju     dan berjaya. Dengan fikiran yang positif, anda dapat menjalani     segala sesuatu tanpa dibebani oleh seribu fikiran buruk. Anda juga     terhindar dari perasaan takut dengan kegagalan. Jalan di depan anda     pun akan selalu terasa lapang.
       www.familiazam.com
   Anda Ingin Tahu Bagaimana Langkah Berfikiran Positif Itu?
   
   Bangkitkan Motivasi.
   Membangkitkan motivasi diri yang kuat dan menambah wawasan yang     memperkuat berfikiran positif merupakan langkah penting. Pengukuran     kualitatif motivasi dapat dilakukan dengan memberikan pemisalan     negative case jika suatu tujuan tidak tercapai. Misalnya,     renungkanlah kemungkinan jika anda tidak diterima kerja? Dari     jawapan anda, anda dapat memprediksi dan merasakan seberapa kuat     motivasi anda untuk diterima kerja.
   
   Yakinlah Boleh.
   Kelemahan motivasi acapkali disebabkan oleh fikiran negatif tentang     kemampuan diri sendiri, atau tentang mekanisme gerak kehidupan.     Cubalah untuk membangkitkan konsep diri positif pada diri anda. "Jika     saya berfikir bahawa saya boleh, maka saya boleh" Katakan setiap     ingin melakukan apapun. Yakinkan bahawa anda boleh. Jika ketika ini     gagal, berusahalah terus-menerus tanpa kenal lelah. Percayalah, usul     dari dalam diri dapat membantu anda mempercepat mencapai proses yang     anda harapkan.
       www.familiazam.com
   Jangan Fatalistik.
   Jauhkan fahaman fatalisme yang menyerah pada nasib. Ianya mempunyai     pengaruh kuat dalam diri anda untuk membenarkan kegagalan.     Menyandarkan kesalahan atau kelemahan pada takdir, yang     manifestasinya seperti dalam kenyataan bahawa "Saya pada dasarnya     bodoh" misalnya, merupakan sumber negative thinking yang signifikan.     Anda harus memeranginya, jika idea tersebut ada pada diri anda.
   
   Lihat Sisi Baik.
   Pandanglah sesuatu dari sisi baiknya. Kerana berfikiran positif     adalah memandang segala sesuatu dari sisi pandang kebaikannya. Orang     yang berfikiran positif akan memandang keterbatasan kemampuannya     pada suatu saat. Bukan sebagai suatu "kebodohan yang menimbulkan     berbagai kecelakaan", tetapi memandangnya sebagai suatu cabaran yang     amat nikmat untuk diatasi. Orang yang berfikiran positif akan     memandang perjuangan dan harapan. Orang yang berfikiran positif akan     memandang keterbatasan ekonominya sebagai suatu perantaraan untuk     hidup sederhana. Dan dengan kesederhanaan ini ia akan mencapai     kebahagiaan.
   
   Berdikari Selalu.         www.familiazam.com
   Pertahankan kebebasan anda. Kebebasan adalah sesuatu yang paling     bernilai yang dimiliki setiap orang. Kebebasan untuk berfikir,     mencipta, akan tumbuh seperti yang anda harapkan, tentunya dengan     cara yang positif. Ketika anda menjadi amat tergantung pada orang     lain, anda akan berfikiran destruktif dan menjadi malas.
       www.familiazam.com
   Tanamkan sikap tidak terlalu bergantung pada orang lain secepat     mungkin. Bertanggungjawablah pada hidup dan tindakan yang anda     lakukan. Sekali anda merasa mampu mengawal hidup, anda memulai     perjalanan berfikiran positif anda.
   
   Selalu ingat ketika anda sedang memiliki masalah dengan berfikiran     positif."Anda adalah apa yang anda fikirkan, dan anda merasai apa     yang anda inginkan" Dengan melakukan ini, anda akan selalu menjadi     seorang juara dan seorang survivor ketika masa-masa sukar.
   
   Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada     hidup yang tidak mencapai tujuan.
mutiara Kata: "Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan"
No comments:
Post a Comment