SEBAGAI SEORANG HAMBA ALLAH
     AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP  
      - Sesiapa yang berwuduk saat          ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan          akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan          berwuduk. 
 - Sesiapa yang berselawat          tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat          keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari          keredhaanNya. 
 - Sesiapa yang berselawat 41          kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti          hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya. 
 - Berselawat 33 kali sehari          dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang          diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 
 - ALLAH akan hapuskan          dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali          tiap kali selesai menunaikan solat fardu. 
 - Sewaktu menghadapi hidangan,          Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian          baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan. 
 - Amalkan membaca selawat          sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan          pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 
 - Sesiapa yang berniat          mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian          lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat          berikutnya-Ahmad. 
 - Sesiapa yang mengamalkan          berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih          dihargai oleh orang lain. 
 - Uthman bin Affan riwayatkan          bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi 
 - Nabi tidak pernah mencela          makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau          tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.          
 - Sahabat meriwayatkan: Aku          lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk &          tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali          ada keperluan 
 - Menurut Sayyid Ahmad dahlan,          sesiapa berselawat  walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya          kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi 
 - Setiap penyakit ada penawarnya.          Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang          sakit atau memulas akan sembuh 
 - Perbaharui wuduk tiap kali          bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang          berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH  catatkan 10 kebaikan          baginya-Abu Dawud. 
 - Sesiapa yang mengamalkan          membaca selawat tiga kali setiap selepas solat  lima waktu akan dihilangkan          kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah 
 - Nabi SAW sering menghadap kekanan          sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya.          Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum 
 - Allah akan hapuskan          dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali          tiap kali selesai menunaikan solat fardu 
 - Nabi tak makan sambil          bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit          ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan          penghadaman 
 - Menurut Syihab Ahmad,          sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan          isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana 
 - Nabi sering beristinsyaq air          kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga          mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung 
 - Setelah bersolat Nabi          memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat          yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari 
 - Sesiapa yang amalkan          berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya          daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah 
 - Apabila Nabi tidur, ia          dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara          berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam          darah 
 - Amalan berselawat secara          teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH          segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA 
 - Tika Nabi tidur, ia membaca          surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta          menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari 
 - Membaca selawat 10 kali pada          setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta          dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH 
 - Wuduk dahulu jika ingin          tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan          bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur          
 - Munurut As-Shawi, sesiapa          yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada          gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan 
 - Silangkan kaki jika tidur di          masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu          kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari 
 - Sesiapa yang membaca selawat          sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal          mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW 
 - Adakalanya Nabi SAW amat          menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda          mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya          yang menyeluruh 
 - Menurut Al-Hafiz Dimyati,          sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan          membaca selawat sebanyak 70 kali sehari 
 - Setelah bersolat Nabi SAW          mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat          yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari 
 - Nabi seorang yang          berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai          untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung)          - bukhari 
 -  Ada riwayat yang          menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar          pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang          
 - Menutup mulut dan rendahkan          suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan          atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud 
 - Jiwa yang gelisah dapat          ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin          kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya 
 - Sabda Nabi SAW: Barangsiapa          yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia          akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim 
 - Nabi tidak pernah menolak          hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya -          Bukhari 
 - Sesiapa yang sering          mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu          rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya 
 - Selalu memilih yang lebih          mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya -          Muttafaq Alaih 
 - Berdiri apabila melihat          iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang          diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih 
 - Ulamak berpendapat, sesiapa          yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH          dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain 
 - Bersujud syukur jika dapat          khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang          menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud 
 - Membaca selawat 1000 kali          selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa          dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya 
 - Beri salam hingga tiga kali          sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam          hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar 
 - Menurut para ulamak, sesiapa          yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka          berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib 
 - Melakukan pekerjaan rumah.          Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami 
 - Para ulamak berpendapat,          ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40          hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan. 
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment